Thursday, June 6, 2013

Tips Umrah Bersama Anak Kecil

Assalamualaikum..

Pastinya ramai ibu yang terpinga-pinga dan 'blur' apakah persediaan sebenar yg harus dilakukan apabila telah merancang utk menunaikan ibadah umrah bersama anak kecil.. di sini saya ingin berkongsi pengalaman dgn ibu2 bapa2 yg sedang meng'google' utk mengetahui apakah persediaan yg patut mereka sediakan, sbb saya dulu pun begitu ..tp sekembalinya dr Tanah suci itu, membawa anak kecil tidak la sesukar yg dijangkakan :)

Pada Mac 2013 yg lalu, kami sekeluarga telah ke Tanah Suci..saya, suami, ibu saya dan juga 2 putera jantung hati berusia 3 thn & 2 thn dimana putera kedua saya ini menghidap sakit jantung kongenital (sejak lahir) Tetralogy of Fallot  yg dijangka tarikh pembedahannya adalah pada April 2013 yg lalu..keadaan saya ini pastinya lebih sukar kerana membawa anak yg sakit/berisiko tinggi kan? Tp percayalah, dgn kuasa Allah, doa dan tawakkal..semuanya menjadi mudah...syukur alhamdulillah..putera2 saya langsung tidak jatuh sakit sepanjang berada di Tanah Suci Makkah/ Madinah.

Tips Persediaan Sebelum Berangkat:

  1. Pastikan anak anda mendapat perlindungan insurans dan tahap antibodi yang kuat sebulan sebelum berangkat. Ambil supplement yg sesuai, pengalaman saya dgn Omega Guard Shaklee shj sudah mencukupi :)
  2. Latih anak anda solat berjemaah dirumah bersama2 suami sekurang2nya 1 kali sehari..anak2 saya 3 thn/ 2 thn sampai skrg dah tau masuk waktu Maghrib pasti hampar sejadah dah tutup tv xkisahlah upin/ipin tgh main ke, terus solat berjemaah bersama mama/papa :)
  3. Train anak ke Masjid/Surau ketika solat berjemaah/jemaah ramai supaya anak tidak takut dgn 'crowd' dan keadaan berhimpit2 yg bakal dilalui di Masjidil Haram nanti. 
  4. Latih jika anak hilang dlm 'crowd' harus panggil nama 'Mama!' kuat2 dan hafal nama mama/papa jika ditanya sekuriti nanti.
  5. Jika boleh, pilih jubah/hijab/ telekung yg warnanya berbeza dr jemaah lain..mcm saya kaler pink/purple, supaya anak senang detect mana satu mama dia di Masjidil Haram yg akan penuh dgn jemaah berpakaian hitam/putih nanti. Tak apa lain sikit dr org asalkan selamat bersama anak2.
  6. Dedahkan anak2 dgn channel tv al-Hijrah/ Ustaz Don/Indahnya Iman Astro Oasis dan laungan azan tv lebih dr segalanya supaya jiwa anak dekat dengan penciptanya. :)
...tips seterusnya akan saya sambung..tak sempat habiskan putera dah merengek nak susu..selamat malam ya ummi...



No comments:

Post a Comment