Wednesday, June 12, 2013

Bipolar Disorder


Perubahan emosi normal berlaku setiap detik dan ketika. Mungkin pagi tadi anda marah kerana pemandu lain memotong barisan ketika anda sedang kepanasan di dalam kereta yang tiada penyaman udara. Emosi anda kembali ceria apabila anda dihadiahkan kenaikan pangkat atau jambangan bunga oleh yang tersayang. Walaupun terdapat pelbagai perubahan emosi, anda masih mampu bekerja dengan baik, menjalinkan hubungan baik dengan pasangan, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Syabas, anda masih mempunyai kesihatan mental yang baik.
Apakah Bipolar Disorder ?
Bipolar Disorder adalah penyakit mental yang melibatkan perubahan emosi yang melampau. Bipolar atau dwikutub menggambarkan bahawa pada masa tertentu individu tersebut berada pada kutub tertentu dan pada masa yang lain ia boleh berada pada kutub bertentangan. Individu yang mengidap penyakit ini boleh berada pada suatu kutub dipanggil episod manik ( manic episode) atau ia boleh berada pada kutub bertentangan dipanggil episode kemurungan ( depressive episode)

Apakah itu episode manik?
Manik episode adalah  suatu episod dalam kehidupan anda apabila anda berterusan selama lebih seminggu atau 7 hari ( kecuali jika anda dimasukkan ke hospital) mengalami:


-Mood atau emosi melampau ( elevated and expansive mood), abnormal dan mudah marah, terasa, terasa dan resah ( irritable)
-Terlalu bangga diri dan peningkatan self esteem (grandiosity)
-Hanya memerlukan tidur yang singkat ( tidak mengantuk dan masih segar walaupun tidur kurang daripada 3 jam)
-Sentiasa bercakap banyak ( pressure of speech) lebih daripada biasa
-Mempunyai terlalu banyak idea , fikiran atau topik yang difikirkan ( flight of ideas)
-Fikiran tidak tenteram dan konsentrasi mudah terganggu ( distractability) oleh perkara remeh- temeh
-Terlalu banyak perancangan dan aktiviti yang mahu dilakukan (increase goal-directed activity)
-Terlibat dalam banyak aktiviti yang menyeronokkan walaupun ia merbahaya cth.nya melakukan hubungan seks rambang kerana nafsu meningkat, melabur atau berbelanja membeli barang mahal walaupun kesempitan wang ( spending spree)

Apabila anda diserang penyakit ini fungsi anda terjejas; anda tidak dapat mengawal diri, pekerjaan anda merosot, hubungan anda dengan orang lain juga terganggu.

Kenapa Bipolar Disorder perlu rawatan?
Pesakit Bipolar Disorder perlu di rawat kerana apabila anda diserang penyakit ini fungsi anda terjejas; anda tidak dapat mengawal diri, pekerjaan anda merosot, hubungan anda dengan orang lain juga terganggu.

Perubahan emosi yang keterlaluan semasa episod manik boleh menyebabkan keburukan. contohnya :
-Pesakit memalukan diri sendiri kerana ia bercakap banyak dan merapu tanpa berhenti bercakap di khalayak ramai tanpa segan silu
-Pesakit boleh hilang pertimbangan kerana mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit untuk berbelanja sehingga bankrupt
-Pesakit boleh melakukan hubungan seks rambang dengan pelacur, berkahwin banyak, merogol, menganiaya sesiapa sahaja kerana nafsu seks yang melonjak-lonjak.
-Pesakit boleh memulakan pertengkaran dan bergaduh kerana mudah salah faham, terasa hati dan mudah marah.
-Pesakit boleh mendapat psikosis dan mempercayai perkara karut seperti percaya bahawa dirinya tuhan, raja, penyanyi terbilang dll . Pesakit juga boleh mendapat lain-lain tanda psikosis seperti pesakit skizofrenia (RUJUK SKIZOFRENIA)
Lonjakan emosi menyebabkan hubungan dengan orang lain terganggu dan kadang-kadang melibatkan proses perundangan.

Bagaimanakah rawatan pesakit Bipolar Disorder?
Rawatan Bipolar Disorder adalah menyeluruh berdasarkan prinsip biopsikososial dan spiritual
Rawatan juga bergantung kepada keterukan (severity) penyakit ini.

Pesakit yang mengalami penyakit yang serius
Pesakit yang mendapat episod manik yang serius perlu dimasukkan ke hospital . Diantara tanda-tandanya:
-merbahaya kepada diri sendiri ( cth: perasaan atau cubaan bunuh diri, tidak mahu tidur langsung, tidak makan dan minum sehingga kesihatan terjejas)
-merbahaya kepada orang lain ( cth: perasaan benci keterlaluan sehingga berniat mencederakan atau membunuh orang lain)
mempunyai tanda-tanda psikosis yang keterlaluan

Ubat-ubatan:
-Ubat mood stabilizer perlu untuk menstabilkan mood pesakit dan di beri sehingga pesakit benar-benar sembuh dan boleh berfungsi semula dengan baik. Contoh mood stabilizer adalah Sodium valproate ( Epilim), Lithium carbonate, carbamazepine dan lamotrigine
-Ubat antipsikotik (antipsychotic) boleh juga diberi untuk menangani episode manik dan psikosis . Antipsikotik seperti Olanzapine ( zyprexa) dan Quatipine (serequel) boleh juga bertindak sebagai mood stabilizer dan diberi sehingga pesakit benar-benar sembuh dan boleh berfungsi semula dengan baik .
-Ubat antidepressant perlu berhati-hati diberi kerana semasa episod kemurungan. Ia perlu diberi bersama mood stabilzer untuk mengelakkan ubat ini mencetus episod manik
-Ubat antianxiety perlu untuk menangani keresahan dan agitasi tetapi diberi untuk tempoh yang singkat
-Ubat sleeping pill di beri jika perlu untuk memudahkan pesakit tidur dan rehat dengan cukup tetapi untuk tempoh yang singkat.

Rawatan Psikososial :
-Berbincang cara penyelesaian masalah ( problem solving technique)
-Berbincang cara meluahkan dan menangani kemarahan ( anger management)
-Berbincang cara terbaik menangani stress ( stress management & coping skill)
-Mendapat penjelasan tentang penyakit, rawatan dan komplikasi (Psychoeducation)
-Perbincangan tentang menyelesaikan masalah kewangan dan masalah sosial lain melalui rujukan kepada agensi berkenaan

Pesakit yang mengalami episode manik yang ringan (hipomania) dan mempunyai sokongan keluarga yang baik boleh memilih untuk tidak dimasukkan ke hospital tetapi rawatan mood stabilizer masih penting dan bantuan psikososial dan psikoterapi diperlukan jika bersesuian.

Sumber Rujukan: Malaysian Psychiatric Association ( Practice Guideline ;Management of Bipolar Disorder )

Dengan SHAKLEE anda mampu mengurangkan tekanan/stress:


Thursday, June 6, 2013

Tips Umrah Bersama Anak Kecil

Assalamualaikum..

Pastinya ramai ibu yang terpinga-pinga dan 'blur' apakah persediaan sebenar yg harus dilakukan apabila telah merancang utk menunaikan ibadah umrah bersama anak kecil.. di sini saya ingin berkongsi pengalaman dgn ibu2 bapa2 yg sedang meng'google' utk mengetahui apakah persediaan yg patut mereka sediakan, sbb saya dulu pun begitu ..tp sekembalinya dr Tanah suci itu, membawa anak kecil tidak la sesukar yg dijangkakan :)

Pada Mac 2013 yg lalu, kami sekeluarga telah ke Tanah Suci..saya, suami, ibu saya dan juga 2 putera jantung hati berusia 3 thn & 2 thn dimana putera kedua saya ini menghidap sakit jantung kongenital (sejak lahir) Tetralogy of Fallot  yg dijangka tarikh pembedahannya adalah pada April 2013 yg lalu..keadaan saya ini pastinya lebih sukar kerana membawa anak yg sakit/berisiko tinggi kan? Tp percayalah, dgn kuasa Allah, doa dan tawakkal..semuanya menjadi mudah...syukur alhamdulillah..putera2 saya langsung tidak jatuh sakit sepanjang berada di Tanah Suci Makkah/ Madinah.

Tips Persediaan Sebelum Berangkat:

  1. Pastikan anak anda mendapat perlindungan insurans dan tahap antibodi yang kuat sebulan sebelum berangkat. Ambil supplement yg sesuai, pengalaman saya dgn Omega Guard Shaklee shj sudah mencukupi :)
  2. Latih anak anda solat berjemaah dirumah bersama2 suami sekurang2nya 1 kali sehari..anak2 saya 3 thn/ 2 thn sampai skrg dah tau masuk waktu Maghrib pasti hampar sejadah dah tutup tv xkisahlah upin/ipin tgh main ke, terus solat berjemaah bersama mama/papa :)
  3. Train anak ke Masjid/Surau ketika solat berjemaah/jemaah ramai supaya anak tidak takut dgn 'crowd' dan keadaan berhimpit2 yg bakal dilalui di Masjidil Haram nanti. 
  4. Latih jika anak hilang dlm 'crowd' harus panggil nama 'Mama!' kuat2 dan hafal nama mama/papa jika ditanya sekuriti nanti.
  5. Jika boleh, pilih jubah/hijab/ telekung yg warnanya berbeza dr jemaah lain..mcm saya kaler pink/purple, supaya anak senang detect mana satu mama dia di Masjidil Haram yg akan penuh dgn jemaah berpakaian hitam/putih nanti. Tak apa lain sikit dr org asalkan selamat bersama anak2.
  6. Dedahkan anak2 dgn channel tv al-Hijrah/ Ustaz Don/Indahnya Iman Astro Oasis dan laungan azan tv lebih dr segalanya supaya jiwa anak dekat dengan penciptanya. :)
...tips seterusnya akan saya sambung..tak sempat habiskan putera dah merengek nak susu..selamat malam ya ummi...